MSN Kecewa Malaysia Kalah Kepada Trinidad Dan Tobago - Sukan Ekstra | mStar

MSN Kecewa Malaysia Kalah Kepada Trinidad Dan Tobago

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

EDINBURGH: Kekalahan skuad hoki lelaki negara kepada pasukan tidak ternama, Trinidad dan Tobago, pada Selasa mengecewakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia tewas 2-4 kepada pasukan ke-29 dunia, Trinidad dan Tobago, dalam perlawanan peringkat kumpulan.

"Saya boleh katakan pasukan hoki kita telah mencipta sejarah apabila tewas kepada pasukan yang sebelum ini kita tidak ketahui rankingnya.

"Kalau bercakap pasal Trinidad dan Tobago ini, mereka terkenal dengan pelari-pelari pecut mereka. Kekalahan semalam amat mengecewakan kita (MSN) dan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya dapat maklum, banyak respon yang lahirkan kebimbangan mereka terhadap skuad hoki dalam menghadapi Sukan Asia nanti kerana keutamaan kita ialah untuk memenangi Sukan Asia bagi melayakkan diri secara automatik ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro," katanya kepada pemberita di sini.

Zolkples berkata banyak perkara juga perlu diperhalusi dalam persediaan menghadapi temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September depan.

Menurutnya beliau juga telah memaklumkan kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya langkah drastik diambil bagi mempersiap pasukan negara untuk menghadapi Sukan Asia.

"Saya melahirkan pendapat saya bahawa jika skuad hoki terus dengan apa yang ada sekarang, saya rasa kita akan dapat keputusan yang sama (di Sukan Asia).

"Tuanku juga sememangnya bimbang dengan prestasi skuad hoki kita di sini," katanya.

Zolkples berkata selepas berakhirnya Sukan Komanwel Glasgow, MSN akan mengadakan perbincangan dengan MHC bagi mencari jalan untuk meningkatkan prestasi skuad negara.
Tags / Kata Kunci: Sukan Komanwel , Hoki
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan