Nur Suryani Terlepas Pingat Gangsa - Sukan Ekstra | mStar

Nur Suryani Terlepas Pingat Gangsa

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 8:05 AM

Nur Suryani Mohd Taibi

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Atlet menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi terlepas pingat gangsa dan terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat acara 50m rifle tiga posisi wanita akhir yang berlangsung di Barry Buddon Shooting Centre di sini pada Selasa.

Nur Suryani membidik 422.0 mata. Pingat emas acara itu milik atlet Singapura Jasmine Ser dengan 449.0 mata, sementara perak diraih atlet tuan rumah Jen McIntosh (446.6 mata) manakala gangsa dimenangai atlet India, Lajja Gauswami dengan 436.1 mata.

Bagi kategori lelaki, atlet negara Mohd Hadafi Jaafar menamatkan saingan di tangga kelima dengan 391.6 mata.

Pingat emas menjadi milik Daniel Rivers dari England dengan 452.9, manakala perak dan gangsa masing-masing diraih atlet India, Sanjeev Rajput (446.9 mata) dan Gagan Narang (436.8 mata).

Seorang lagi atlet menembak negara Hasli Izwan Amir Hasan gagal menyerlah dalam acara 25m rapid fire pistol lelaki apabila menduduki tangga kedua tercorot selepas sekadar membidik sembilan mata.

Pingat emas dimenangi oleh atlet Australia, David J Chapman dengan bidikan 23 mata sementara Harpeet Singh dari India membidik pingat perak dengan 21 mata manakala gangsa menjadi milik Kristian Callaghan dari England dengan 17 mata.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan