Sukan Komanwel: Fauzan Cuba Atasi Trauma Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 4:46 PM

Fauzan Ahmad Lutfi, 28, melihat Proton Exora miliknya yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM247, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala utara berhampiran hentian sebelah Senawang dekat sini lewat malam, 22 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Atlet berbasikal negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi akan cuba mengatasi trauma kemalangan jalan raya ketika beraksi di Sukan Komanwel di sini.

"Saya masih dapat rasakan saat-saat cemas bila kereta saya berpusing-pusing untuk cuba mengelak sebuah lori yang terbalik dan melintang jalan.

"Syukur saya hanya cedera ringan tetapi perasaan saya masih tidak stabil mengingatkan detik cemas itu," katanya kepada Bernama.

Mohd Fauzan, 28, memikul cabaran negara ke Sukan Komanwel dalam acara berbasikal lebuh raya bersama seorang lagi pelumba, Loh Sea Keong.

Saingan Mohd Fauzan dan Sea Keong bermula Khamis ini dengan acara ujian masa individu dan diikuti perlumbaan lebuh raya pada Ahad ini.

Dalam kejadian di KM247 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban pada kira-kira 11.30 malam, 21 Julai lepas, Mohd Fauzan nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya merempuh sebuah lori yang melintang di tengah-tengah lebuh raya itu.

Ketika kejadian Mohd Fauzan bersama isteri Norasikin Omar, 31, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Melaka.

Pemandu lori berkenaan, Abas Baharom, 44, bagaimanapun terbunuh di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius dan putus betis kanan.

Mohd Fauzan yang sepatutnya berangkat ke Glasgow pada 22 Julai lepas terpaksa menunda penerbangan akibat kemalangan itu.

Mengenai persediaan beliau untuk Sukan Komanwel, Mohd Fauzan akui bahawa momentum kayuhannya sudah jauh berbeza.

"Saya dapat rasakan momentum kayuhan saya berbeza daripada sebelum ini (sebelum kemalangan). Atas bimbingan jurulatih, saya kuatkan semangat dan cuba melupakan insiden itu semasa memulakan latihan di sini," katanya.



iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan