Poh San Tambah Pingat Perak, Gangsa Untuk Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Atlet gimnastik Wong Poh San menambah jumlah pingat untuk Malaysia apabila memenangi satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara individu di SSE Hydro di sini pada Sabtu.

"Saya gembira dengan pencapaian ini walaupun saya menyasarkan memenangi satu pingat emas.

"Saya agak gementar kerana saya tahu atlet gimnastik Kanada sungguh hebat. Saya hanya turun ke gelanggang dan mencuba dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Atlet berusia 17 tahun itu menang pingat perak dalam acara rutin riben setelah mengumpul 14.250 mata, hanya 0.250 mata di belakang pemenang pingat emas Francesca Jones dari Wales, yang mengumpul 14.500 mata.

Poh San meraih pingat gangsa dalam acara Gelung setelah mengumpul 14.650 mata.

Peserta Kanada Patricia Bezzoubenko muncul sebagai gimnas terbaik keseluruhan pada Sukan Komanwel tahun ini dengan memenangi lima pingat emas iaitu tiga dalam aparatus individu, individu keseluruhan dan berpasukan.

Poh San berkata selepas Sukan Komanwel, beliau akan meyambung semula latihan dan memfokus kepada persiapan menghadapi Sukan Asia Incheon September ini.

"Saya perlu perbaiki rutin saya kerana Sukan Asia jauh lebih sengit daripada Sukan Komanwel, lebih-lebih lagi dengan kehadiran peserta Asia Timur seperti Kazakhstan," kata gimnas berirama pertama Malaysia yang memenangi pingat dalam siri Piala Dunia di Kiev, Ukraine dua tahun lepas.

Selain meraih pingat perak dan gangsa dalam aparatus individu, Poh San, yang bergandingan dengan Amy Kwan Dict Weng dan Fatin Zakirah Zain Jalany, memenangi pingat gangsa bagi acara berpasukan.
Tags / Kata Kunci: Poh San , Gimnastik

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan