Sukan Komanwel: Zulhelmi Penyumbang Pingat Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 7:30 AM

Zulhelmi Mohd Pisol meraikan kejayaannya meraih pingat perak dalam sukan angkat berat bagi kategori 56kg.

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Atlet angkat berat Mohd Zulhelmi Pisol membuat kejutan apabila muncul sebagai penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel kali ke-20 di sini, Khamis.

Atlet pelapis berusia 21 tahun itu meraih pingat perak bagi kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint di sini.

Atlet berasal dari Pulau Pinang itu membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg. Dua atlet dari India Sukhen Dey dan Ganesh Mali, masing-masing meraih pingat emas dan gangsa.

Sukhen melakukan angkatan seberat 248kg yang melibatkan snatch 109kg dan clean and jerk 139kg manakala Ganesh pula 244kg dengan angkatan snatch 111kg dan clean and jerk 133kg.

Mohd Zulhelmi ketika ditemui berkata beliau sangat teruja selepas berjaya meraih pingat pada penampilan pertamanya di Sukan Komanwel.

"Saya masih baharu dalam kejohanan besar seperti ini, jadi memang sudah menjangkakan saingan sengit daripada atlet-atlet senior di sini.

"Namun saya masih tidak berpuas hati dengan angkatan clean and jerk sebab saya pernah melakukan angkatan seberat 140kg ketika berlatih," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau memuji semangat dan kesungguhan atlet muda seperti Mohd Zulhelmi yang tidak mudah putus asa untuk bersaing dengan barisan atlet berpengalaman pada kejohanan berprestij itu.

"Pada awal angkatannya Mohd Zulhelmi ketinggalan, namun saya puji beliau bersemangat untuk bangkit dan meraih pingat buat negara, saya juga percaya atlet angkat berat yang lain mampu menyumbang pingat emas dalam saingan seterusnya nanti," kata Khairy.
Tags / Kata Kunci: Sukan Komanwel , Mohd Zulhelmi Pisol

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan