Sukan Komanwel: Sasaran Pingat Realistik

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 1:23 PM

Kontenjen badminton negara tiba di Glasgow 19 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang penyertaan negara dalam temasya sukan besar seperti Sukan Olimpik, Komanwel, Asia dan Sukan SEA, perhatian pasti tertumpu kepada sasaran pungutan pingat kontinjen negara.

Pada temasya Sukan Komanwel ke-20 ini di Glasgow Scotland, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menetapkan sasaran tujuh pingat emas, jauh lebih rendah daripada pencapaian di New Delhi dengan 12 pingat emas pada tahun 2010.

Jumlah sasaran itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Majlis Sukan Negara (MSN) disifatkan sebagai realistik berdasarkan situasi semasa dan pengguguran beberapa acara kegemaran Malaysia oleh negara penganjur.

Namun, sesetengah pihak memandang sinis sasaran yang dibuat malah menyelar segelintir persatuan sukan atau atlet yang bertanding dan menganggap pemergian mereka sebagai 'buang masa', membazir peruntukan yang diberi dan ada juga yang dikatakan sekadar pergi untuk 'makan angin' di negara penganjur.

Malah, isu sasaran pingat ini juga mencetuskan perbahasan antara dua pihak yang pernah dan sedang menerajui MSN iaitu Datuk Wira Mazlan Ahmad bekas Ketua Pengarah MSN dan Datuk Seri Zolkples Embong, peneraju MSN sekarang.

Khairy menyifatkan isu sasaran pingat ini menjadi 'panas' berikutan pengumuman bukan dibuat oleh menteri sendiri tetapi oleh Ketua Kontinjen  Datuk Ong Poh Eng, namun beliau tetap menegaskan bahawa sasaran itu realistik dan dibuat atas persetujuan bersama banyak pihak.

Ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel baru-baru ini, Khairy turut berkata segala persiapan atlet untuk ke temasya besar dilakukan bukan dalam masa terdekat sebaliknya bermula sejak awal lagi.

Selaras dengan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan,program pembangunan atlet telah dilaksanakan dari atlet junior hingga kepada atlet senior, dan pemilihan atlet menyertai kejohanan besar adalah berdasarkan prestasi semasa mereka di samping pendedahan kepada atlet berpotensi mencari pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.

Zolkples pula menyifatkan sasaran pingat sama ada oleh atlet mahupun persatuan haruslah realistik dengan kedudukan semasa serta keupayaan sendiri.

"Kalau tidak mampu buat apa hendak letakkan sasaran. Jangan sebab nakyakinkan mana-mana pihak, jadi letak sasaran yang tidak logik. Nak buat sasaran biar realistik dan kita sendiri pun tahu keadaan temasya kali ini yang banyak acara tidak dipertandingkan," katanya.

Beliau berkata:"Cuma kita hendak ingatkan setiap dari atlet yang bertanding di temasya Sukan Komanwel ini adalah mereka yang layak. Contohnya, ragbi, mereka layak ke  Sukan Komanwel secara automotik berdasarkan prestasi cemerlang tahun ini.

"Temasya kali ini untuk ukur prestasi sekaligus memperbaiki kelemahan yang ada untuk temasya Sukan Asia pula," katanya sekaligus menafikan pemergian  atlet bukan sekadar untuk 'makan angin'.

Selain itu, Zolkples berkata pengumuman mengenai sasaran pingat yang agak lewat dibuat adalah berikutan prestasi semasa atlet sebelum menyertai kejohanan besar.

"Seperti contoh, Datuk Lee Chong Wei yang kita sasarkan untuk mendapat pingat tapi akhirnya terpaksa menarik diri akibat kecederaan. MSN sentiasa memantau keadaan dan prestasi atlet sebab itu sasaran yang dibuat agak lewat kali ini," katanya yang menafikan dakwaan kononnya tidak yakin dengan pencapaian kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata semua persatuan sukan yang menghantar atlet mereka ke temasya sukan besar perlu mengemukakan sasaran mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan dan bukan sekadar untuk menjadi'pelancong'.

Selain itu, beliau berkata beberapa sukan lain yang mempunyai atlet berpotensi turut diberi peluang menghantar atlet mereka sebagai satu pendedahan tetapi dengan syarat mereka menunjukkan pencapaian terbaik ketika bertanding, bukan sekadar untuk memenuhi kuota semata-mata.

"Macam olahraga atau renang, mereka perlu melepasi had kelayakan tapi tidak ramai, maka tempat yang ada kita bagi pada sukan lain. Macam sukan judo,  lama tidak menyertai pertandingan luar tapi atlet mereka mempunyai pencapaian yang baik, MOM bagi peluang kali ini," katanya. z

Mengenai sukan yang disasarkan mendapat pingat, Sieh berkata MOM tidak menetapkan mana-mana sukan namun berdasarkan kepada persatuan dan atlet itu sendiri. 

"Kita letak sasaran tujuh dan mungkin ada yang akan buat kejutan. Kita tidak tahu sebab pada ketika bertanding semangat atlet boleh jadi naik boleh jadi kurang, begitu juga konsentrasi.

Macam contoh, menembak, peraturan sudah diubah sedikit dan ini bergantung kepada atlet itu untuk mengekalkan prestasinya," katanya.

Mengimbas prestasi sukan negara, Sieh berkata satu ketika dulu, Malaysia hanya menghantar atlet badminton semata-mata kerana sukan itu mampu  menyumbang pingat kepada negara, namun selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998, dengan pencapaian 10 pingat emas sekaligus dunia  melihat taraf sukan di negara kita semakin meningkat.

Sementara itu, legenda basikal trek negara Rosman Alwi pula berkata setiap atlet yang bertanding perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal selain ada sasaran tinggi dan bukan sekadar mahu memperbaiki kedudukan mereka.

"Kalau tidak siap semua itu, bermakna atlet belum bersedia untuk pikul tugasannya. Kekuatan mental dan fizikal adalah senjata paling penting kepada persiapan diri seorang atlet, barulah keputusan yang lebih baik dapat dicapai," katanya menafikan penetapan sasaran boleh memberi tekanan kepada atlet.

Tags / Kata Kunci: sukan komanwel , pingat

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan