Pemain Golf No 1 Dunia Rory Dilihat Keluar Dengan Model Jelita

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 4:12 PM

Apakah mereka kini bermadu kasih? Pemain golf nombor satu dunia Rory McIlroy dilihat keluar membeli-belah dan makan tengah hari bersama model, Sasha Gale di Belfast pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

HANYA DUA bulan yang lalu, dunia golf telah digemparkan dengan keputusan pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy untuk membatalkan perkahwinannya dengan pemain tenis wanita terkemuka, Caroline Wozniacki selepas mereka menyiapkan kad jemputan dengan alasan dia tidak bersedia untuk melakukan komitmen yang tinggi sebagai seorang suami.

Tetapi kini, McIlroy telah dilihat keluar bercanda dengan seorang model jelita bernama Sasha Gale di Belfast tengah hari Selasa.

Sasha yang juga merupakan seorang eksekutif jualan kereta dikatakan berasal dari Cheltenham, Glos, telah dilihat keluar bersama pemain golf muda berusia 25 tahun itu dengan memakai blaus putih, baju berwarna krim sambil mengalas beg bimbit Armani yang berharga £200 Armani.

Ahad lalu, Rory baru sahaja menjuarai Terbuka British buat pertama kali dalam sejarah kariernya dan membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah £975,000.

Perkembangan terbaru ini sudah pastinya akan melukakan hati bekas tunang dan kekasihnya Caroline Wozniacki, 24 yang juga bekas pemain wanita nombor satu dunia.

Sebelum berkasih dengan Wozniacki pada 2011, McIlroy turut memutuskan hubungan dengan kekasih lamanya Holly Sweeney before he began dating Wozniacki in 2011.

Dalam kesemua kegagalan hidupnya dalam bermadu kasih, McIlroy sentiasa menyalahkan dirinya sebagai punca tidak dapat menyesuaikan diri dengan komitmen baru.

Akhbar Britain, The Mirror memetik seorang kawan rapat McIlroy sebagai berkata yang Sasha adalah seorang gadis yang popular dan mudah bergaul mesra tetapi mempunyai harga diri yang tinggi.

“Sebenarnya Sasha telah mengenali Rory agak lama dan berkawan rapat dengan tunang kepada kawan baik Rory yang mana Rory telah pun memberi komitmen untuk menjadi pengapit dalam majlis perkahwinan kawannya itu nanti," ujar kawan rapatnya itu.

Sasha, yang masih berusia 20-an pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan British Airways dan juga Mini Cooper.

Kedua-dua mereka juga telah dilihat menikmati makan tengah hari bersama di Restoran Albany sebelum mereka membeli-belah di sebuah kedai fesyen ternama.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan