Mcllroy Rangkul Gelaran Juara Kejuaraan Terbuka 2014 - Sukan Ekstra | mStar

Mcllroy Rangkul Gelaran Juara Kejuaraan Terbuka 2014

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG golf Ireland Utara, Rory Mcllroy memenangi trofi pertama Terbuka Kejuaraan dan gelaran utama ketiga selepas mendahului Sergio Garcia dan  Rickie Fowler di Hoylake, England. 

Kemenangan ini sekaligus meletakkan Mcllroy untuk berada di sebaris dengan Jack Nicklaus dan Tiger Wood yang memenangi tiga gelaran utama pada usia 25 tahu.

Mcllroy menambah koleksi trofi dan cek berjumlah 975,000 pound (RM5,290,801) , sejak 2011 pada Terbuka Amerika Syarikat dan 2012 sekaligus menjadi pemain golf Ireland Utara yang kedua menjuarai kejohanan terbuka ini dalam tempoh empat tahun selepas Darren Clarke di Royal St George 2011.

Sebagai rekod, setakat ini hanya lima orang pemain yang menjuarai empat kejohanan utama - Nicklaus, Woods, GAry Player, Ben Hogan dan Gene Sarazen.

"Perasaan sangat menakjubkan. Ia bukan mudah kerana terdapat beberapa pemain lain seolah-olah mengejar kedudukan saya.

"Sebab itu saya memberi fokus yang sepenuhnya. Dua kemenangan dalam tiga pusingan Grand Slam pada usia 25 tahun merupakan pencapaian yang besar," jelas Mcllroy yang mencatat pukulan terakhir 71 bawah par 17.

Tags / Kata Kunci: golf , Rory McIlroy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan