Gandingan Baharu Mun Yee-Cheong Raih Perak

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 11:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gandingan penerjun wanita negara, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong melakukan kejutan apabila merangkul pingat perak pada Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA ke-19 di Pusat Sukan Oriental di Shanghai, China, Khamis.

Mun Yee, yang menggantikan ratu terjun negara Pandela Rinong yang mengalami kecederaan lutut, sebagai gandingan Cheong mengumpul 336.66 mata dalam acara 10m platform seirama.

"Gandingan Cheong (Pandelela) sebelum ini mengalami kecederaan sebelum kejohanan Piala Dunia ini...jadi saya menggantikannya. Kami tidak sama sekali menjangka untuk memenangi pingat perak.

"Kami hanya melakukan yang terbaik," kata Mun Yee, penerjun berusia 29 tahun yang dipetik dalam laman sesawang FINA www.fina.org.

Juara dunia dan pemenang emas Sukan Olimpik, Chen Ruolin dan Lui Huixia dari China merangkul emas acara itu setelah mengumpul 357.66 mata manakala gandingan Kanada, Meaghan Benfeito dan Roseline Filion memperoleh pingat gangsa dengan 335.25 mata.
Tags / Kata Kunci: terjun , Kejohanan Terjun Piala Dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan