Sukan Komanwel: Malaysia Sasar 7 Pingat Emas

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 3:53 PM

Ong Poh Eng mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan sasaran realistik tujuh pingat emas pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 3 Ogos ini.

Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Komanwel Datuk Ong Poh Eng berkata sasaran kali ini dibuat berdasarkan kesesuaian keadaan dan mengambil kira beberapa aspek termasuk ketiadaan beberapa sukan yang tidak dipertandingkan.

"Kali ini, kita lihat juga kepada penarikan diri Datuk Lee Chong Wei dan juga banyak sukan yang tidak dipertandingkan serta tidak disertai oleh atlet negara.

Kita meletakkan sasaran minimum sekurang-kurangnya tujuh pingat emas tetapi kita akan bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Ong berkata sasaran yang dibuat oleh MOM ini merangkumi semua jenis sukan yang disertai oleh kontinjen negara dan tidak tertumpu kepada sukan-sukan tertentu sahaja.

"Kita memang melihat sukan-sukan tertentu mempunyai prospek untuk menyumbang pingat. Kita mahu dan berharap semua atlet akan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperoleh kemenangan," katanya.

Sepanjang penyertaan Malaysia di temasya Sukan Komanwel, kontinjen negara meraih dua pingat emas di Victoria, Kanada pada 1994, 10 emas di Kuala Lumpur (1998), tujuh emas di Manchester, England (2002) dan Melbourne, Australia (2006) dan yang terbaik iaitu 12 emas di New Delhi, India (2010).

Pada majlis itu, penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


Tags / Kata Kunci: Komanwel

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan