Sukan Komanwel 2014: Nicol Dipilih Pembawa Masuk Bendera Negara Asia

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 9:26 PM

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaa'far (empat, kiri) pada majlis pelancaran pengiraan detik 100 hari ke Sukan Asia Incheon 2014 di Kompleks Sukan Tertutup MOM, di Kuala Lumpur, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya dalam Sukan Komanwel, ratu skuasy negara Datuk Nicol David diberikan pengiktirafan sebagai ketua pembawa masuk bendera negara-negara rantau Asia pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland bermula 23 Julai ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaa'far berkata ia merupakan pengikirafan besar untuk negara apabila ratu skuasy negara akan menjadi ikon kepada lapan buah negara Asia yang beraksi pada Sukan Komanwel iaitu India, Pakistan, Sri Lanka, Singapura, Bangladesh, Maldives dan Brunei.

"Penghormatan ini bukan hanya untuk Malaysia tetapi juga untuk sukan skuasy negara," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran pengiraan detik 100 hari ke Sukan Asia Incheon 2014 di Kompleks Sukan Tertutup MOM, di sini, Rabu.

Tunku Imran turut mengumumkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya tersebut.

Sementara pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia hanya akan diumumkan selepas Sukan Komanwel berakhir.

"Diharap dengan penghormatan ini atlet negara akan lebih bersemangat untuk memburu pingat apabila beraksi di Glasgow nanti," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Sukan Asia Incheon 2014, Yoo Jae Han berkata Incheon sudah bersedia menganjurkan temasya empat tahun sekali itu dan persiapan akhir sedang berjalan lancar.

"Kami mahu menjadikan Sukan Asia Incheon 2014 bukan sahaja lebih baik daripada edisi sebelum ini di Guangzhou, China tetapi lebih baik daripada edisi sebelum itu," katanya menerusi jurubahasa.

Beliau juga berjanji untuk menambah baik tahap pengadilan bagi memastikan pengadilan adil dan tidak berat sebelah dalam semua pertandingan.
Tags / Kata Kunci: Nicol David , Sukan Komanwel 2014 , bendera

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan