Wilayah Persekutuan Juara Keseluruhan, Perak Raih 'Ibu Pingat' Sukma

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 7:30 AM

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (tengah) dan pemain-pemain Perak meraikan kemenangan pada perlawanan akhir diantara Perak dan Johor pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di Kangar, malam Selasa. Perak muncul juara selepas menewaskan Johor dengan 3-1. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan edisi ke-17 temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis selepas meninggalkan juara empat kali, Terengganu, dengan kelebihan empat pingat emas di tangga kedua.

Kontinjen Wilayah Persekutuan, yang pertama kali digabungkan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, pada 2006, menungguli persada carta pungutan pingat dengan 55 emas, 37 perak dan 49 gangsa.

Terengganu mengutip 51 emas, 55 perak dan 31 gangsa manakala tuan rumah edisi 2016, Sarawak, menghuni tangga ketiga dengan 46 emas, 32 perak dan 35 gangsa.

Acara tenpin boling menjadi medan terakhir merebut dua  lagi pingat terakhir Sukma Perlis melalui acara Masters  lelaki dan Wanita.

Untuk rekod, Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah edisi  pertama Sukma pada 1986 telah muncul sebagai juara  keseluruhan edisi itu.

Sementara itu, Perak berjaya meraih 'ibu segala pingat'  temasya Sukma kali ini selepas mengalahkan Johor 3-1  dalam perlawanan akhir bola sepak malam Selasa.

Tags / Kata Kunci: Sukma , Sukan Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan