Penganjuran Sukma Perlis Berjaya - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perlis yang menutup tirainya pada Rabu adalah berjaya, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Sukma Perlis secara keseluruhan saya boleh rumuskan sebagai telah berjaya walaupun ada beberapa masalah yang timbul seperti bumbung kanvas pusat akuatik yang jatuh, kebocoran bumbung di gelanggang badminton dan kes keracunan makanan yang melibatkan lima orang atlet.

Secara keseluruhan Sukma kali ni berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, masalah yang timbul tidak menjejaskan kelancaran penganjuran tanpa ada masalah dari aspek teknikal. 

Mengenai atlet tenpin boling yang terpaksa bermain sehingga awal pagi, beliau berkata semua kontinjen sudah dimaklumkan sejak awal mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur yang baik.

"Sejak awal lagi semua kontinjen telah dimaklumkan bahawa pusat boling disini hanya mempunyai 24 lorong sahaja. 

"Mereka juga telah dimaklumkan akan berlaku kelewatan dan jadual pertandingan yang memakan masa lama," kata Khairy.

Acara tenpin boling di Pusat Boling Perlis yang terletak di Kayangan Mall di sini terpaksa ditangguhkan selama lebih tiga jam pada hari pertama acara itu membuka gelanggang pada 27 Mei lepas akibat gangguan bekalan elektrik dan yang terbaharu pada Isnin lepas, acara berpasukan terpaksa dijalankan hingga awal pagi akibat kerosakan 'lane'.

Menyentuh mengenai prestasi atlet pada edisi ke-17 ini, Khairy berkata atlet pelapis khususnya telah mempamerkan kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing.

"Sukma menjadi platform yang disediakan oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk pelapis kebangsaan, pelapis negeri dan pelapis serantau mempamerkan potensi masing-masing dan mendapat pendedahan awal sebelum mereka diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairy , Sukma , Perlis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan