Sukma Hanya Ditawarkan Kepada Negeri Mampu Anjur Ikut Bajet - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 11:50 PM

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) akan hanya ditawarkan kepada negeri-negeri yang boleh menganjurkan sukan itu mengikut bajet yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kos penganjuran Sukma pada masa akan datang mungkin dapat dikurangkan berikutan setiap negeri sudah mempunyai kemudahan sukan dan tidak ada sebab untuk mereka membina infrastruktur sukan yang baharu.

"Saya tidak jangka kita akan belanja satu jumlah yang begitu besar seperti yang dibuat di Perlis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir hoki lelaki Sukma Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, Selasa.

Menurutnya kos penganjuran Sukma Perlis mencecah RM120 juta kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membina kemudahan sukan di negeri ini.

"Kos pembangunan infrastruktur sahaja sudah melebihi RM70 juta dan ini bukan kita hanya belanja untuk penganjuran Sukma tetapi kita gunakan untuk pembangunan sukan di negeri Perlis.

"Semua kemudahan baharu seperti pusat akuatik, gelanggang hoki dan dewan badminton...menambah baik venue lain termasuk stadium utama, adalah legasi Sukma kita untuk negeri Perlis," katanya.

Mengenai Sarawak yang bakal menjadi tuan rumah edisi 2016, Khairy berkata hanya sebuah pusat akuatik baharu akan dibina manakala negeri itu akan menggunakan kemudahan yang sedia ada.

Tags / Kata Kunci: Khairy , Sukma Perlis

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan