Atlet Angkat Berat Sarawak Padam Dua Rekod Sukma

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 9:17 PM

Jelinie Empera.

(Ubah saiz teks)

KUALA PERLIS: Atlet angkat berat Sarawak, Jelinie Empera memperbaharui dua rekod kejohanan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 bagi kategori melebihi 75kg, Selasa.

Jelinie juga muncul wakil tunggal Sarawak selepas merangkul dua pingat emas bagi kategori Snatch dan Clean & Jerk yang menuntup tirainya di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.

Jelinie bermula cemerlang dengan angkatan 85kg melebihi rekod terdahulu iaitu 84kg yang dipegang oleh Nur Jannah Batrisyah dari Johor pada Sukma Melaa 2010 bagi kategori Snatch.

Pingat perak dimenangi oleh atlet Pahang, Nur Syafikah Mohd Azham (71kg) manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Selangor, Siti Hajar Mariana Mishad (70kg).

"Semangat dan motivasi diberikan rakan-rakan, jurulatih serta ahli keluarga mendorong saya untuk melakukan yang terbaik membantu Sarawak mendapat emas pertama dalam acara angkat berat.

"Saya memang berpuas hati dengan prestasi saya pada hari terakhir ini lebih-lebih lagi dapat memperbaharui rekod pada temasya Sukma kali ini.

"Sebelum ini saya pernah dipanggil menyertai skuad negara tetapi atas alasan peribadi saya terpaksa menolak. Saya berminat untuk menyertai skuad negara jika dipanggil semula sekali lagi," katanya kepada pemberita.

Bagi kategori Clean & Jerk pula atlet berusia 20 tahun itu sekali lagi berjaya memadam rekod temasya milik Nur Jannah, 106kg dengan angkatan 107kg.

Pingat perak kategori itu diraih rakan sepasukan Jelinie, Devonalornix Galvin dengan angkatan 93kg manakala Syafikah dari Pahang meraih gangsa (92kg).

Sementara itu, Kedah mendominasi angkat berat lelaki kategori melebihi 105kg dengan meraih pingat emas dan perak dalam dua kategori iaitu Snatch dan Clean & Jerk.

Bagi acara Snatch, Abdul Malek Desa meraih emas dengan angkatan seberat 125kg dan Khoo Jian Peng dengan pingat perak buat Kedah (120kg). 

Mohd Mustaqim Abdul Rahim dari Kelantan meraih pingat gangsa (114kg).

Acara Clean & Jerk menyaksikan Jian Peng pula merangkul emas dengan angkatan seberat 160kg manakala perak menjadi milik Malek (160kg).

Pingat gangsa menjadi milik Mohamad Zarul Iman Giman dari Selangor (135kg).


Tags / Kata Kunci: angkat berat , sukma , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan