Matsuyama Raih Gelaran Sulung Jelajah PGA AS

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 9:13 AM

Matsuyama meraikan kemenangan pada kejohanan golf The Memorial dengan penuh gaya.

(Ubah saiz teks)

DUBLIN: Pemain Jepun, Hideki Matsuyama merangkul gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali apabila menewaskan Kevin Na pada permainan playoff kejohanan golf The Memorial.

Pencapaian sulung Matsuyama dengan penuh bergaya itu bagaimanapun bermula dengan tekanan ketika saingan di Muirfield Village termasuk melakukan double-bogey di lubang ke-16 par tiga.

Pemain negara matahari terbit itu bagaimanapun berjaya meraih birdie pada lubang ke-72 untuk menamatkan tiga bawah 69 dan berkongsi kedudukan dengan Na dengan 13 bawah par 275 pukulan keseluruhan.

Matsuyama yang berusia 22 tahun mencatat kemenangan keenamnya, di mana lima daripadanya dirangkul pada kejohanan golf Jepun.



Tags / Kata Kunci: Hideki Matsuyama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan