Semua Kemudahan Sukma Sedia, Selamat Digunakan - JKR Perlis

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 1:43 PM

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan merasmikan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 di Stadium Utama Kangar, Perlis pada Isnin lalu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis pada Khamis mengesahkan semua kemudahan sukan untuk Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014 yang sedang berlangsung, bersedia dan selamat digunakan.

Pengarahnya Azizan Ab Rahman dalam satu kenyataan di sini, berkata ini kerana jabatan itu sudah menyelesaikan semua isu teknikal dan keselamatan berhubung kemudahan sukan terbabit.

Berhubung pusat renang di Kompleks Sukan Negeri Perlis, kelewatan disebabkan kelemahan pengurusan dalaman pihak kontraktor yang dilantik bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf, katanya. 

Menurut Azizan, JKR Perlis telah menempatkan pegawai penyelia secara sepenuh masa bagi memantau pelaksanaan semua kerja agar mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh badan-badan sukan.

"Kerja-kerja ini juga telah diselia oleh kontraktor/pembekal yang dilantik oleh kontraktor utama," katanya.

Acara akuatik untuk Sukma ke-17 sepatutnya bermula semalam, namun dilewatkan sehari bagi membolehkan kemudahan di pusat renang itu disiapkan sepenuhnya.

Tags / Kata Kunci: Sukma , Perlis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan