Sabah Dominasi Antara Regu, Beregu Wanita

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 8:02 AM

Regu Takraw Wanita Sabah meraikan kejayaan mereka selepas berjaya menewaskan Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kontinjen Sabah mendominasi perlawanan akhir acara regu dan beregu wanita pada sepak takraw temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, malam Rabu.

Kejayaan itu sekali gus memperbaiki pencapaian dua tahun lepas di Pahang dengan hanya meraih pingat gangsa dalam kedua-dua acara tersebut.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan 2020 di sini turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

"Kami sememangnya menjangkakan saingan yang sengit ketika bertemu Wilayah Persekutuan. Kami cuba bermain sebaik mungkin untuk meraih mata demi mata," kata pemain beregu, Razmah Anam .

Beliau yang bergandingan dengan Kamisah Khamis menewaskan beregu Wilayah Persekutuan, Nur Liyana Ismail dan Puteri Umi Sofea dengan 21-18 dan 21-11.

Sementara skuad regu wanita 'Negeri di bawah Bayu' itu yang diketuai pula menewaskan regu Pulau Pinang dengan 21-13 dan 21-17.

Pingat gangsa menjadi milik Wilayah Persekutuan dan Perak.

Tags / Kata Kunci: takraw , Sabah , Sukma

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan