Sukma 2014: Christina Loh Pecah Rekod Kejohanan Acara 100m Kuak Dada

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 10:09 PM

Christina Loh

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perenang elit negara Christina Loh memperbaharui rekod kejohanan acara 100m kuak dada, sekali gus meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negeri di sini Khamis.

Loh, yang mewakili Wilayah Persekutuan, mencipta masa 1 minit 12.23 saat untuk memadam rekod kejohanan 1:12.41s.

"Saya gembira kerana dapat meraih pingat emas pada Sukma kali ini walaupun kami semua terpaksa berhadapan dengan kesukaran melakukan latihan.

"Terlalu banyak masalah dan drama berlaku pada Sukma kali ini, dengan penundaan tarikh pertandingan dan sebentar tadi bumbung kanvas terkoyak tapi ia tidak mengganggu kami semua," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Loh meraih emas selepas menewaskan atlet Selangor Phee Jing En di tempat kedua dengan catatan masa 1:13.03 saat manakala pingat gangsa diraih oleh Gan Xin Jie dari Pulau Pinang (1:15.36s).

Beliau dalam masa sama, turut meluahkan rasa tidak selesa dengan keadaan Pusat Akuatik berikutan keadaan air yang agak suam dan kurang jernih.

Namun, keadaan itu tidak menganggu prestasinya dalam merebut pingat emas dan mengekalkan kejuaraannya.

Loh juga turut meraih pingat perak dalam acara 4x100m rampaian wanita dengan gandingan bersama Tan Rou Ying/Ong Ming Fen/Mak Ai Sin dengan catatan masa 4:29.81s.

Pingat emas acara tersebut diraih pasukan Selangor yang disertai oleh Caroline Chan Zi Xin/Phee Jing En/Yap Siew Hui/Kok Cher Ling dengan masa 4:23.24s.

Pasukan Sabah yang disertai gandingan Chris Tan Li Ling/Baveliana Wong Siew Yee/Freda Pan Cheng Ru/Heng Kor Jin merangkul gangsa dengan masa 4:35.67s.
Tags / Kata Kunci: Christina Loh , renang , Sukma 2014 , kuak dada

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan