Kuartet Terengganu Kekal Pingat Emas Sukma Untuk Kali Ketiga - Sukan Ekstra | mStar

Kuartet Terengganu Kekal Pingat Emas Sukma Untuk Kali Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 10:19 PM

JUARA... Atlet berbasikal Terengganu, Mohd Nur Aiman Mohd Zariff, Muhammad Badrul Hakimi Hamid, Muhammad Zulfakhri Hamdan dan Norimran Nor In meraikan kejayaan pada acara kelayakan masa basikal lebuhraya pada temasya Sukma ke-17 di Arau, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ARAU: Kuartet Terengganu mencipta hatrik pingat emas tiga edisi berturut-turut apabila menjuarai acara ujian masa berpasukan dalam sukan berbasikal temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di sini Khamis.

Terengganu mempamerkan kayuhan mantap di laluan sepanjang 51.3km di Lebuh raya Kuala Perlis-Changlun untuk mencatat masa 1 jam, enam minit dan 57.065 saat.

Biarpun dilepaskan sebagai pasukan terakhir daripada 12 pasukan, Terengganu mengatasi kuartet Johor (1:08:20.496s) dan Selangor (1:08:21.106s).

Kemenangan itu amat bererti buat ketua jurulatihnya, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan hingga mengakui berasa sebak dan menitiskan air mata sebaik melihat anak-anak buahnya berjaya mempertahankan pingat emas.

"Sebenarnya, kemenangan hari ini juga ingin saya kongsikan dengan arwah dua pelumba muda Terengganu yang meninggal dunia akibat kemalangan ketika menjalani latihan pada tahun lepas.

"Mereka adalah sebahagian daripada pelumba yang saya gilap untuk acara ini dan saya mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada mereka dan keluarga," katanya merujuk kepada Allahyarham Mohd Asmui Ali dan Mohd Shafiq Imran Syahril yang terbunuh dalam kemalangan ketika menjalani latihan.

Syed Mohd Hussaini berkata gandingan Mohd Nur Aiman Mohd Zariff, Muhammad Badrul Hakimi Hamid, Muhammad Zulfakhri Hamdan dan Norimran Nor In hanya dibentuk dan menjalani latihan bersama sejak Disember lepas.

Sementara dalam kategori wanita pula, kuartet Kedah yang terdiri daripada Mardiana Mohd Radzi, Nurjeha Iwani Roslan, Siti Fatimah Ismail dan Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad meraih pingat emas selepas mencatat masa terpantas 1:00:29.91s.

Pingat perak diraih kuartet Terengganu dengan masa 1:01:03.33s dan gangsa menjadi milik pasukan Melaka dengan masa 1:02:13.41s.
Tags / Kata Kunci: kuartet Terengganu , Sukma 2014
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan