Sukma: Memanah Emas Pertama Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Mohamad Khairul Azam Hashim menceriakan kontinjen Kelantan dengan meraih pingat emas pertama dan turut memperbaharui rekod Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 bagi acara memanah pada Khamis.

Pada final di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Khairul Azam yang mengambil bahagian dalam compound lelaki 90 meter meraih 329 mata iaitu mengatasi rekod Sukma 2010 Melaka dengan kelebihan lapan mata.

Pingat perak menjadi milik Muhamad Zulqarnain Mohd Zaid dari Johor dengan 322 mata manakala pingat gangsa diraih Ahmad Aliff Fadhulullah Alwi dari Terengganu dengan 320 mata.

Atlet berusia 21 tahun dari Tanah Merah, Kelantan iini berkata beliau turut menyasar dua pingat emas dalam acara memanah iaitu compound 70m dan 30m pada Sukma kali ini.

"Saya berharap dapat capai sasaran peribadi yang ditetapkan selain terus membantu kontinjen ini untuk meraih pingat emas. Pada hari ini, saya tidak berdepan dengan sebarang tekanan dan hanya perlu fokus sahaja," katanya kepada pemberita di sini.

Turut memperbaharui rekod Sukma ialah atlet Negeri Sembilan, Nor Afisa Abd Jalil bagi acara recurve 70m wanita dengan 309 mata mengatasi rekod Sukma Pahang 2012 dengan kelebihan empat mata.

Pingat perak bagi acara tersebut diraih Loke Shin Hui dari Pulau Pinang (307 mata) manakala pingat gangsa menjadi milik Azuanis Abdullah dari Kelantan (305 mata).

Keputusan lain menyaksikan Nurul Iryani Muda dari Terenganu muncul juara dalam acara compound 70m wanita dengan 336 mata manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik atlet Sabah, Camilly Cynthia Louis (334 mata) dan Roniza Syafiqah Ronnie Ong (329 mata).

Acara recurve 90m lelaki pula menjadi milik Muhamad Aidid Azizi Azmi dari Wilayah Persekutuan dengan 293 mata manakala pingat perak dan gangsa dimenangi pemanah Sabah, Billdean Bonilung (292 mata) dan Syafiq Izzuddin Sulaiman dari Terengganu (290 mata).


Tags / Kata Kunci: Sukma , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan