Kimberly Yap Cedera Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 12:39 PM

Kimberly cedera akibat dirempuh sebuah kereta Toyota Harrier di Penchala Link.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Sukan SEA, Kimberly Yap cedera dalam satu insiden di Penchala Link ketika mengayuh basikal untuk pulang ke rumahnya pada Rabu.

Difahamkan, basikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipercayai Toyota Harrier.

Kimberly dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk mendapat rawatan.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Laporan imbasan CT menunjukkan tiada kerosakan pada organ pentingnya.

Menurut doktor, Kimberly mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 pagi selepas di berbasikal melepasi sebuah terowong.

Tags / Kata Kunci: Kimberly Yap , basikal , kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan