WWE Kembali Ke Malaysia Oktober Ini

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 5:46 PM

John Cena antara yang akan beraksi di Stadium Putra Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas 12 tahun, Malaysia akan menjadi negara ekslusif di rantau Asia Tenggara yang menganjurkan perlawanan gusti, World Wrestling Entertainment secara langsung (WWE Live).

Pengurus Besar Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah berkata, WWE Live dijangka menarik pelancong dari rantau ini untuk menyaksikan acara selama dua hari itu.

"WWE merupakan satu daripada program hiburan kesukaan ramai di rantau ini, maka ia akan menggalakkan kemasukan lebih ramai pelancong dan Malaysia berbanggamenganjurkannya, " kata beliau dalam sidang media di sini, Khamis.

WWE Live yang dianjurkan bersama Malaysia Major Events, sebahagian daripada Biro Konvensyen dan Pameran dan Astro Malaysia Holdings Bhd sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 akan menelan perbelanjaan hampir RM33 juta.

Sementara itu, Naib Presiden dan Pengurus Besar WWE Asia Pasifik, Sweesin Wuu berkata, 25 hingga 30 bintang WWE seperti John Cena, Bray Wyatt dan Ricky Steamboat akan menghiburkan para peminat mereka di WWW Live yang akan berlangsung di Stadium Putra Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober ini.

"Kami rasa teruja untuk kembali ke Malaysia selepas 2002 dan acara ini menunjukkan komitmen kepada pertumbuhan kami di Malaysia," katanya.

Peminat gusti boleh mendapatkan tiket mulai 31 Mei ini dengan harga antara RM128 hingga RM1,230.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan