Terjun: Mun Yee Belum Mahu Bersara Sebelum Olimpik 2016

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 6:12 PM

Mun Yee (kiri) bersama rakan gandingannya, Pandelela.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerjun elit negara, Leong Mun Yee hanya akan membuat keputusan untuk bersara sepenuhnya selepas Sukan Olimpik di Rio,Brazil pada 2016.

Berganding dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong dalam acara kegemarannya iaitu 10m papan anjal seirama, Mun Yee berkata beliau masih belum bersedia memikirkan soal persaraan.

Penerjun berusia 29 tahun itu kini hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan menggalas cabaran di dua kejohanan utama iaitu Sukan Komanwel 2014 di Glasglow, Scotland, Julai ini dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan,September depan.

"Fokus utama saya kini adalah membuat persediaan yang cukup bagi memburu pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia," katanya.

Mun Yee memenangi pingat perak dalam dua edisi kejohanan terbabit pada 2010. Berada di ranking ketiga di belakang gandingan Chen Ruolin dan Liu Huixia dari China serta Meaghan Benfeito dan Roseline Filion dari Kanada, Mun Yeem enyifatkan gandingan China adalah pesaing utamanya pada Sukan Asia.

"Satu bonus jika kami (beliau dan Pandelela) dapat mengatasi pasangan Chinadan menang emas dalam Sukan Asia akan datang.

Bagamanapun kami tetap akan berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memperbaiki ranking," katanya.

Beliau berkata saingan di dua kejohanan utama itu dalam masa sama bertindak sebagai persediaan awal sebelum beliau beraksi di Sukan Olimpik 2016 yang mungkin menjadi pentas antarabangsa terakhirnya. 

Gandingan Mun Yee dan Pandelela bagaimanapun kini sedang melengkapkan saingan dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA yang berbaki dua pusingan iaitu di Windsor, Kanada (30 Mei-1 Jun) sebelum ke venue terakhir di Monterrey, Mexico pada 6 hingga 8 Jun depan.

Sekadar memperoleh satu perak, dua gangsa dan tempat keempat dalam empat siri sebelum ini, Mun Yee optimis beliau dan Pandelela dapat memperoleh tempat kedua di belakang gandingan China itu dalam baki dua siri di Kanada dan Mexico.

Tags / Kata Kunci: Leong Mun Yee , Terjun

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan