Anugerah Sukan Negara: Sazali, Nicol Terbaik 2013

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 4:05 PM

Sazali dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2013.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dan ratu skuasy Datuk Nicol Ann David dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2013 pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN), Isnin.

Sazali dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang tahun lalu apabila mempertahankan gelaran Mr Universe buat kali kelima berturut-turut dan kali kesembilan bagi dirinya.

Sub Inspektor itu meraih pingat emas pada acara Kejuaraan Dunia di Hungary, pingat gangsa pada Kejuaraaan Asia dan perak ketika beraksi pada Sukan Sea di Myanmar.

Sazali mengetepikan calon-calon hebat lain seperti Datuk Lee Chong Wei (badminton), Lim Chee Wei (karate), Benjamin Khor (menembak) dan atlet olahraga Mohd Jironi Riduan. 

Sementara itu, Nicol kembali mengungguli trofi ini buat kali kesembilan mengetepikan pemenang tahun lalu Pandelela Rinong (terjun), Diana Bong (wushu), Kelly Tan (golf) dan atlet olahraga Casier Renee Kelly Lee. 

Nicol meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan kali kesembilan.


Sepanjang tahun lalu, Nicol berjaya meraih tujuh kejuaraan daripada sepuluh kejohanan, manakala meraih dua gelaran naib juara dan satu aksi separuh akhir pada Terbuka Kuala Lumpur.

Sehingga 2013, Nicol berjaya mengekalkan status selaku pemain no.1 dunia sejak Ogos 2006.

Beliau juga merupakan juara dunia buat tujuh kali berturut-turut sekaligus menjadi atlet yang disegani di arena skuasy dunia.

Sazali dan Nicol masing-masing menerima wang tunai RM20,000 untuk setiap seorang yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis di Stadium Juara, Bukit Kiara.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SUKAN NEGARA 2013:

Olahragawan Kebangsaan - Sazali Samad (Bina Badan)

Olahragawati Kebangsaan - Datuk Nicol Ann David (Skuasy)

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Hoki

Pasukan Wanita Kebangsaan - Renang (Pandelela Rinong/Leong Mun Yee)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan- Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hemala Devi Enikutty (Olahraga)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Muhammada Dharma Raj Abdullah (Hoki)

Jurulatih Wanita kebangsaan - Tiada

Anugerah Kepimpinan Sukan - Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor - Golf

Anugerah Tokoh Sukan - Tiada

Anugerah Khas - Allahyarham Mohd Nazar Abdul Rahim , Moe Chin Kiat (Olahraga, Badminton)

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan