Pelumba Super Siri Malaysia Maut Semasa Latihan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Super Siri Malaysia (MSS) 2014, Amaludin Abd Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15' sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang.

Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B dalam perlumbaan tahunan itu.

SIC berkata pasukan perubatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan.
 
"SIC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Amaludin Abd Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan malang itu," katanya.
 
SIC berkata laporan polis dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.

Kemalangan maut di litar tersebut merupakan kali ketiga sejak 2011.

Pada kejuaraan sama tahun lepas, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan sebelum berakhir sesi latihan.

Sebelum itu, pada 23 Okt, 2011, pelumba MotoGP Marco Simoncelli, 24, dari Itali terbunuh selepas terbabas pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan