Status Pusat Akuatik Perlis Dipersoal

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 9:29 AM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) meninjau keadaan kolam renang ketika melawat kompleks akuatik yang bakal menjadi salah satu venue Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Kangar baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Hanya tinggal sembilan hari sahaja sebelum temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di sini namun Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri masih menimbulkan tanda tanya.

Ini berikutan tarikh penyerahan Pusat Akuatik oleh kontraktor kepada kerajaan negeri pada hari ini tidak menjadi kenyataan kecuali Dewan Badminton yang siap di kompleks berkenaan.

Tanda tanya mengenai status Pusat Akuatik itu masih samar-samar berikutan Menteri Besar Perlis, Azlan Man, enggan menjawab pertanyaan wartawan mengenai perkara itu dan jaminan beliau sebelum ini.

Pada Sabtu lepas, Azlan mengulangi jaminan bahawa Pusat Akuatik dan Dewan Badminton untuk temasya sukan yang julung kali diadakan di negeri ini akan siap sepenuhnya dan diserahkan kepada kerajaan negeri pada Khamis.

"Saya tidak kata kedua-dua venue ini akan diserahkan hari ini. Saya tinjau tiga, empat kali dalam sehari bagi mempastikan ia siap," katanya secara ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa meninjau kawasan yang sering dilanda banjir pada musim hujan sepanjang landasan keretapi berkembar di Arau, dekat sini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang meninjau venue-venue Sukma di sini, Isnin lepas, menegaskan acara akuatik akan dipindahkan ke Kompleks Renang Gunung Keriang di Alor Setar, Kedah, sekiranya venue bagi acara itu gagal disiapkan pada Khamis.

Tinjauan wartawan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mendapati hanya kolam renang siap tetapi kolam bagi acara terjun memerlukan masa tujuh hingga 10 hari lagi untuk disiapkan.

"Saya yakin ada harapan acara akuatik diadakan di Perlis tetapi adakah ibu bapa mahu membiarkan anak-anak mereka membahayakan diri bertanding di kolam yang disiapkan tergesa-gesa kerana banyak kemungkinan boleh berlaku.

"Dalam perbincangan dengan konsultan dan kontraktor, mereka memberi jaminan faktor keselamatan tetap diutamakan supaya atlet dapat beraksi dengan selamat," katanya.

Shahidan, yang juga anggota Parlimen Arau, berkata beliau telah berbincang dengan Khairy Jamaluddin agar acara akuatik dilangsungkan di Perlis.

Menurutnya, konsultan dan kontraktor memberi jaminan bahawa kolam bagi acara terjun boleh disiapkan dua hari sebelum Sukma bermula 24 Mei ini.

"Kita ada masa mencukupi kerana acara renang bermula 28 Mei tetapi sekiranya tempoh mendapat kelulusan termasuk daripada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengambil masa lebih tiga hari, besar kemungkinan acara akuatik diadakan di Kedah," katanya.

Tinjauan di Dewan Badminton pula mendapati venue itu sudah siap dan dijangka dapat digunakan untuk temasya sukan itu bermula 24 Mei hingga 4 Jun ini.


Tags / Kata Kunci: Sukma

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan