Piala Thomas: Semangat Berpasukan Senjata Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impak semangat sepasukan akan membantu skuad badminton negara membuat kejutan pada kejohanan Piala Thomas dan Uber dari 18 hingga 25 Mei ini di New Delhi, India.

Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata selain itu, kekuatan mental serta keyakinan diri penting untuk membantu pasukan memberikan tentangan sengit dalam setiap perlawanan nanti.

"Perasaan takut akan menjejaskan kesepakatan dalam sepasukan, pemain tidak boleh ada perasaan negatif. Saya percaya pasukan kali ini lebih matang dan bersedia untuk menghadapi Piala Thomas...jangan gugup berdepan dengan lawan masing-masing.

"Skuad negara perlu mengambil harapan tinggi rakyat Malaysia serta tekanan luar sebagai cabaran untuk memberi persembahan terbaik nanti," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, Rabu.

Skuad negara akan berlepas ke New Delhi esok.

Skuad Piala Thomas dibarisi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Daren dan Goh Soon Huat dalam acara perseorangan lelaki manakala beregu lelaki diwakili Hoon Thien How/Tan Wee Kiong; Tan Boon Heong/Chan Peng Soon dan Lim Khim Wah/Goh V Shem.

Pasukan Piala Uber pula diwakili Tee Jing Yi, Yang Li Lian, Lim Yin Fun, Lim Chiew Sien (perseorangan) selain Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Amelia Anscelly/Soong Fie Cho, Lim Yin Loo/Lee Meng Yean (beregu wanita).

Cabaran pasukan Piala Thomas kali ini menyaksikan Malaysia diletak dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, India dan Jerman manakala China berada dalam Kumpulan D bersama Taiwan, Rusia dan Perancis.

China dilihat mampu mempertahan kejuaraan berdasarkan senarai pemain yang turut membariskan juara dunia dan Olimpik, Lin Dan sebagai perseorangan keempat.

Kumpulan A terdiri daripada Indonesia, Thailand, Singapura dan Nigeria manakala Kumpulan B pula menyaksikan saingan Jepun, Denmark, Hong Kong dan Thailand.

Pasukan Uber negara diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Denmark dan Jerman. Kumpulan A (China, Taiwan, England dan Rusia); Kumpulan B (Korea Selatan, Indonesia, Australia dan Singapura) dan Kumpulan C (Thailand, India, Kanada dan Hong Kong).

Berkongsi kejayaan skuad negara menjulang kejayaan muncul juara pada tahun 1992, Rashid berkata cabaran sekarang lebih besar dan semangat sepasukan juga perlu kuat untuk membantu pemain meningkatkan prestasi masing-masing.

"Kalau mahu dibandingkan pada tahun 1992 dan sekarang, banyak perkara sudah berubah, cabaran skuad negara sekarang lebih tinggi namun saya percaya semangat sepasukan akan membantu pemain meningkatkan prestasi masing-masing untuk menang," katanya.

Dalam perlawanan akhir 1992, Malaysia menundukkan Indonesia 3-2 untuk memenangi Piala Thomas bagi kali kelima dalam sejarah.

Sejak Piala Thomas diperkenalkan pada 1949, hanya tiga negara Asia pernah memenanginya iaitu Malaysia, Indonesia dan China.

Malaysia memenanginya pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992 manakala Indonesia melakukannya 13 kali, pada 1958, 1961, 1964, 1970, 1973, 1976, 1979, 1984, 1994, 1996, 1998, 2000 dan 2002. China pula merangkul piala itu sembilan kali, pada 1982, 1986, 1988, 1990, 2004, 2006 dan 2008, 2010 dan 2012.

Tags / Kata Kunci: Piala Thomas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan