Atlet Taekwando Sarawak Raih Lima Emas Di Thailand - Sukan Ekstra | mStar

Atlet Taekwando Sarawak Raih Lima Emas Di Thailand

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 11:30 AM

Atlet taekwando Sarawak.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS), yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi Sukan Malaysia di Perlis penghujung bulan ini, merangkul lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Taekwondo TKS Thailand 2014 di Bangkok baru-baru ini. 

Pasukan ke kejohanan kali kelima itu diketuai pengerusi teknikal negeri Tan Check Joon dan ketua jurulatih pasukan negeri Kochphoom Nimmit dari Thailand.

Check Joon berkata pasukan itu amat fokus dan mempamerkan keyakinan dalam kejohanan dua hari itu dengan hasilnya Dayang Farhanah Abang Sazali, Marena Tee Zulariffin, Virtlam Umpau, Chai Chun Hui dan Mohd Amirul menyumbangkan pingat emas.

Audrey Nu Alexander Mula, Cynthia Li dan Tie Ton Siong memenangi perak manakala Enzo Scifo pula meraih pingat gangsa tunggal negara.

Tambah Check Joon, pencapaian pasukan itu meningkat berikutan latihan intensif mereka di Thailand sejak enam bulan lepas.

"Pencapaian pasukan kami semakin meningkat dan saya yakin mereka akan mengekalkan prestasi ini dalam Sukma di Perlis kelak," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: sarawak , taekwando
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan