Zolkples Yakin Pusat Akuatik Perlis Siap Ikut Jadual - Sukan Ekstra | mStar

Zolkples Yakin Pusat Akuatik Perlis Siap Ikut Jadual

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 9:18 AM

Pusat akuatik Sukma Perlis yang dijangka siap sebelum temasya sukan itu bermula.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) yakin Perlis, selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, tidak berdepan dengan masalah bagi memastikan Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri siap mengikut jadual.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata Menteri Besar Perlis, Azlan Man telah memberi jaminan semua persiapan berjalan lancar dan semua venue pertandingan akan siap sepenuhnya seperti dirancang.

"Kita tidak mahu menjatuhkan semangat atlet yang telah membuat persediaan pada Sukma kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah MSN di Lapang Sasar Menembak Gimnasium III, Bukit Jalil di sini.

Sukma Perlis berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Media tempatan melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong berkata sekiranya kerja-kerja pembinaan Pusat Akuatik tersebut dilakukan secara tergesa-gesa beliau bimbang kompleks tersebut gagal melepasi piawaian yang ditetapkan oleh pihak ASUM dalam mendapatkan sijil kelulusan penggunaan.

Dalam majlis itu, Zolkples turut menyerahkan dua laras rifle angin (Air Rifle) kepada atlet menembak kebangsaan iaitu Nur Suryani Mohd Taibi dan Muslifah Zulkifli serta sepucuk pistol angin (Air Pistol) kepada Joseline Cheah yang terpilih menyertai program Sukan Olimpik Rio 2016.

Zolkples berkata pemilihan atlet dalam program Rio itu sentiasa terbuka kepada atlet lain yang menunjukkan prestasi konsisten dalam semua kejohanan antarabangsa.

"Saya tidak mahu atlet senior seperi Nursuryani, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan lain-lain cepat berpuas hati dengan pencapaian masing-masing, mereka perlu meningkatkan prestasi dan mengekalkannya terutamanya beraksi dalam Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland (23 Julai-3 Ogos) dan Sukan Asia di Incheon (19 Sept-4 Okt)," katanya.

Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah MSN kali ini disertai oleh 28 atlet daripada 11 pasukan.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu 10m Air Rifle lelaki dan wanita serta 10m Air Pistol lelaki dan wanita pada kejohanan tiga hari yang bermula esok.
Tags / Kata Kunci: MSN , Sukma , Perlis
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan