Persediaan Komanwel: Skuad Ragbi Sertai Kejohanan Luar

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad ragbi negara dijadual akan menyertai beberapa kejohanan termasuk Kejohanan Ragbi HSBC Lima Negara Asia di Doha, Qatar bulan ini sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, Julai depan.

Menurut Setiausaha Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), M. Suhaimi Zainuddin, skuad negara di bawah kendalian Yusli Ramli akan berhadapan dengan pasukan Iran dan Qatar, masing-masing pada 20 dan 23 Mei ini.

"Kami berharap skuad negara akan terus mencatatkan keputusan positif dan mempamerkan aksi yang memberangsangkan di kejohanan itu nanti," katanya.

Selain itu, M. Suhaimi berkata skuad negara juga dijadualkan akan menyertai satu kejohanan di New Zealand pada penghujung Mei ini, bagaimanapun, keputusan untuk menyertai kejohanan berkenaan belum diputuskan oleh pihak tertinggi KRM.

Menurut beliau, kejohanan-kejohanan yang disertai itu adalah sebagai kejohanan pemanas badan sebelum bertolak ke Bath, England, untuk menjalani latihan fasa akhir sebelum ke Sukan Komanwel.

Seramai 15 pemain akan menjalani latihan di Bath itu, selain menjalani latihan fasa akhir di sana, mereka juga akan berhadapan dengan beberapa perlawanan ujian, katanya.

Dalam pada itu, M. Suhaimi tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan khidmat dua pemain Malaysia yang kini menyertai kelab di luar negara bagi memperkukuhkan skuad negara pada Sukan Komanwel.

Bagaimanapun, khidmat kedua-dua pemain itu yang beliau tidak namakan bergantung kepada jadual dan pelepasan pihak kelab masing-masing di New Zealand dan Jepun bagi membolehkan mereka mewakili negara pada temasya sukan berkenaan.

Mengenai pada Sukan Komanwel kali ini, M. Suhaimi berkata berdasarkan kepada prestasi semasa, KRM tidak menyasarkan sebarang pingat sebaliknya cukup sekadar menamatkan saingan di tempat kesembilan.

"Sasaran berkenaan adalah realistik kerana Sukan Komanwel disertai oleh kuasa ragbi dunia seperti Australia dan New Zealand. Saya yakin skuad negara mampu mencapai kedudukan sembilan pasukan terbaik," katanya.

Beliau turut optimis dengan peluang skuad negara yang berada pada kedudukan ke-71 dunia itu bagi melepasi perlawanan peringkat Kumpulan C yang melibatkan pasukan kedudukan keenam dunia, Wales, Samoa (8) dan Papua New Guinea (54).

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah melepasi perlawanan peringkat kumpulan acara ragbi sejak ia pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Komanwel pada edisi 1998 di Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Ragbi , Malaysia , Komanwel

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan