Hans Issac Layak Ke Grand Final Piala Golf Dunia

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 9:31 AM

Pengurus besar Turkish Airlines, Firhat Yidirlin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Turkish Airlines 2014 iaitu juara kategori satu yang merupakan penerbit merangkap pelakon, Hans Isaac (kiri) dan juara kategori dua yang merupakan agen pelancong, Elyzza Lee (kanan) pada majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac dan eksekutif agensi pelancongan Ellyza Lee layak ke pusingan grand final Piala Golf Dunia Turkish Airlines 2014 di Antalya, Turki, November ini.

Sehari selepas keluar dari hospital selepas dirawat akibat deman, Hans berjaya melakukan pukulan enam bawah par 65 untuk menjuarai pusingan kelayakan keenam kejohanan tersebut di sini.

Pada saingan di sebelah barat lapangan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara di sini, selebriti berusia 42 tahun itu mengumpul 42 mata mengikut format Stableford dalam kejohanan amatur sehari itu.

Menurut Hans, yang memiliki handikap 11, beliau telah menjalani latihan intensif selama lima kali seminggu untuk tempoh tiga bulan untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

"Sudah pasti saya amat gembira untuk menjuarai kejohanan ini. Ia sebenarnya adalah kemenangan ketiga selepas menjuarai dua kejohanan kecil awal tahun ini. Bagaimanapun kejuaraan ini adalah paling menarik sekali," katanya.

Beliau berkata KLGCC merupakan lapangan yang paling sukar beliau pernah bermain serta meraih gelaran di Malaysia serta menaruh harapan untuk layak ke Terbuka Malaysia sebagai pemain amatur tahun depan.

Pusingan grand final di Turki akan berlangsung dari 9 hingga 16 Nov ini dan juara pusingan itu berpeluang beraksi dalam kejohanan pro-am Terbuka Turkish Airlines 2014.

Sementara itu, Lee, yang mempunyai handikap 22, memenangi kategori B (handikap 16 hingga 30) selepas mengumpul 41 mata Stableford dengan melakarkan lima bawah par 66.

"Kejohanan ini adalah hebat dan benar-benar baik...saya rasa lapangan ini pendek dan sesuai untuk pemain wanita," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Turkish Airlines di Malaysia, Firat Yildirim, berkata sebanyak 50 pusingan kelayakan diadakan di 35 negara.

"Tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk menambah bilangan penumpang kami di seluruh dunia apabila pemain menggunakan khidmat kami untuk pergi mengambil bahagian dalam kejohanan ini," katanya.

Beliau berkata sejak minggu lepas, Turkish Airlines menawarkan penerbangan hairan dari Kuala Lumpur ke Istanbul selepas memulakan perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu pada tahun lepas.


Tags / Kata Kunci: Turkish Airlines , Hans Isaac

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan