Sarjit Singh Bimbing Skuad Terengganu Dalam Liga Hoki Kebangsaan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 5:48 PM

Sarjit Singh.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Terengganu telah melantik bekas jurulatih kebangsaan Sarjit Singh untuk membimbing skuad negeri itu menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia TNB (MHL-TNB) Premier, bermula Oktober ini.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, bekas jurulatih kebangsaan berusia 51 tahun itu telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama PHT mulai bulan lepas.

Sarjit pernah menjadi kapten pasukan kebangsaan dan pernah beraksi di dua Sukan Olimpik pada 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan 1992 di Barcelona, Sepanyol.

Beliau juga merupakan jurulatih skuad negara ke Kejohanan Piala Dunia Remaja 2005 di Rotterdam, Belanda dan kemudian membimbing skuad senior negara sehingga 2008.

"Ini merupakan pertama kali PHT menggunakan khidmat bekas jurulatih kebangsaan untuk membimbing pasukan Terengganu," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Menurut Wan Ahmad Nizam, PHT terpaksa menggunakan khidmat jurulatih yang berpengalaman memandangkan saingan pada MHL-TNB Premier begitu mencabar.

"Malah adalah mejadi harapan dan impian kerajaan negeri untuk melihat pasukan Terengganu buat pertama kali muncul juara liga tersebut tahun ini, katanya.

Beliau berkata kehadiran Sarjit, yang berasal dari Batu Pahat, Johor, bukan sahaja sebagai jurulatih pasukan negeri tetapi dalam masa yang sama membantu dalam proses pembangunan sukan itu di negeri ini.

Buat permulaan, katanya, Sarjit akan melatih skuad Sukan Malaysia (Sukma) negeri bagi menghadapi edisi ke-17 temasya sukan itu di Perlis, mulai 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Beliau berkata, kehadiran Sarjit juga secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada jurulatih-jurulatih di negeri itu menimba pengalaman daripadanya serta mempelajari perkembangan terkini dalam dunia kejurulatihan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan