Khairy Tak Sokong Guna Pemain Luar Wakil Negara

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 11:50 PM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (berdiri, tengah) disambut oleh para pesilat Pergerakan Pemuda Umno Besut ketika hadir pada pelancaran Program Jambori Orang Muda (JOM) anjuran Pejabat dan Majlis Belia Daerah serta Pergerakan Pemuda Umno Besut di Stadium Mini Kampung Raja pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin tidak menyokong sebarang usaha mengambil ahli sukan dari luar untuk mewakili Malaysia dengan memberi kerakyatan kepada pihak berkenaan. 

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja bertentangan dengan dasar pembangunan sukan negara malah semangat kesukanan untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. 

"Pada dasarnya, saya tidak bersetuju, dasar (sukan) negara kita berbeza dengan negara jiran lain di rantau ini di mana mereka boleh memberi kerakyatan kepada mana-mana orang luar untuk mewakili negara mereka dalam sukan seperti bola sepak," katanya kepada pemberita ketika mengulas hasrat penyerang import Selangor, Paulo Rangel, untuk menyarung jersi skuad kebangsaan. 

Khairy, yang ditemui di Karnival Permotoran Terengganu 2014, berkata beliau amat tidak mengalakkan mana-mana usaha mengambil pemain atau atlet yang langsung tiada pertalian darah dengan rakyat negara ini. 

Dalam pada itu, menyentuh sukan permotoran, beliau berkata setakat ini, Kementerian Belia dan Sukan merancang membina dua litar Sprint Test bertaraf antarabangsa di Sepang serta Muar untuk memberi galakan kepada golongan belia menyertai sukan lumba kereta secara sihat.

Khairy juga berkata rancangan itu masih di peringkat kajian bagi mengenalpasti tapak yang sesuai seperti dikehendaki dalam standard perlumbaan Sprint Test antarabangsa. 

Mengulas persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 di Perlis, Khairy berkata beliau mendapat jaminan bahawa pihak penganjur berusaha memastikan semua venue siap sebelum hujung bulan ini. 

Katanya, setakat ini ada dua venue yang belum siap sepenuhnya iaitu membabitkan sukan akuatik dan badminton.

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau difahamkan kedua-duanya akan siap dalam tempoh terdekat. 

"Saya diberi jaminan (oleh Menteri Besar Perlis) ia akan dapat disiapkansebelum SUKMA bermula," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Paulo Rangel

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan