Hoki: Malaysia Perlu Menang - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 9:27 PM

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) bersama pemain-pemain hoki negara meraikan kejayaan selepas pasukan itu menewaskan New Zealand menerusi pukulan "Penalti Shoot Out" pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: "Harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah untuk melihat skuad hoki negara menang ke atas Kanada pada perlawanan separuh akhir esok (Sabtu)," titah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah pemain negara perlu menitik beratkan soal disiplin dan bijak menggunakan peluang yang ada bagi memastikan tiket ke final Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di sini menjadi milik negara.

"Pasukan kita perlu lebih mantap kerana hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi sebelum melakar sejarah dan ianya amat penting dalam sejarah hoki negara...pemain perlu sedar akan kepentingan tersebut," titahnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis MHC pada Jumaat.

Tengku Abdullah menyeru agar semua rakyat Malaysia berdoa supayaskuad negara mampu mencipta kemenangan ke atas Kanada dan turun ke stadium bagi memberi sokongan moral kepada pasukan.

"Apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan ...saya harap pemain mengambil iktibar daripada kebangkitan New Zealand pada Khamis yang mampu meyamakan kedudukan 4-4 pada separuh masa kedua walaupun ketinggalan jauh 4-1 pada separuh masa pertama.

"Saya sendiri akan bertemu dengan pemain bagi memberikata-kata semangat kepada mereka," titah baginda.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, MHC akan melakukan perubahan besar pada pelembagaannya dengan mengecilkan jumlah perwakilan daripada 52 kepada 21perwakilan dengan mengabungkan perwakilan wanita dan lelaki.

Baginda bertitah perubahan tersebut akan dilakukan bagi memperkemaskan serta mempercekapkan lagi pengurusan persatuan kerana MHC adalah satu-satunya persatuan sukan yang mempunyai perwakilan yang cukup ramai.

"Diharap perubahan ini mampu membawa lembaran baharu kepada persatuan,"titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah keputusan mesyuarat ini juga bersetuju untuk mengehadkan tempoh penggal bagi presiden kepada empat tahun, mengehadkan umur maksimun presiden kepada 70 tahun dan juga tempoh penggal kerusi presiden dihadkan kepada tiga penggal.

"Perkara tersebut belum disebut dalam pelembaggan persatuan sebelum ini dan ianya akan dibawa pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang tarikhnya akan ditentukan selepas ini," titahnya.

Tags / Kata Kunci: cabaran Juar-juara , hoki , Tengku Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan