Pandelela Pungut Gangsa

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong menang pingat gangsa dalam pusingan ketiga Kejohanan Siri Terjun Dunia FINA 2014 di London Aquatics Centre, United Kingdom, awal Isnin.

Menurut laman web FINA www.fina.org, Pandelela, 21, mengumpul 380.70 mata dalam acara 10m platform wanita untuk meraih pingat itu.

Dalam dua pusingan sebelum ini iatu di China dari 14 hingga 16 Mac dan Emiriyah Arab Bersatu (20-22 Mac), atlet kelahiran Sarawak ini meraih pingat perak.

Pemenang dua pingat emas dalam Sukan Olimpik London 2012 Chen Ruolin dari China terus mengekalkan penguasaannya dengan mengumpul 400.55 mata untuk menjuarai acara itu, manakala penerjun Kanada Meaghan Benfeito mengumpul 394.75 untuk meraih pingat perak.

Pusingan keempat kejohanan ini akan berlangsung di Moscow, Russia dari 2 hingga 4 Mei dan selepas itu di Windsor, Canada (30 Mei hingga 1 Jun), sebelum berakhir di Monterrey, Mexico (6-8 Jun).


Tags / Kata Kunci: Fina , London

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan