KBS Tunggu Syor Panel Penasihat Sukan - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 9:34 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan sedang menunggu syor daripada panel penasihat sukan mengenai sebarang tindakan yang akan diambil berhubung isu salah tadbir kewangan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKMBM).

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihak audit dalaman kementerian telah pun menyiapkan laporan audit kedua-dua badan induk berbasikal kebangsaan itu dua minggu lepas.

"Pihak PKBM telah memohon kepada kementerian untuk membetulkan beberapa perkara tertentu. KBS telah merujuk kepada Panel Penasihat Sukan yang dipengerusikan Tun Ahmad Sarji (Abdul Hamid).

"KBS masih menunggu syor daripada panel terbabit. Buat masa ini, siasatan masih lagi di peringkat kementerian, panel penasihat sukan dan pesuruhjaya sukan," katanya kepada pemberita selepas menutup Simposium Kejurulatihan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dekat sini Khamis.

Bagaimanapun, Khairy berkata pihak kementerian tidak akan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung laporan audit dalaman PKBM.

Audit dalaman dilakukan ke atas persatuan itu ekoran ada aduan khusus berkaitan program berbasikal lebuh raya negara dan laporan perbelanjaan persatuan itu yang didapati terlalu umum.

Sementara itu, Khairy berpuas hati dengan persediaan skuad berbasikal trek kebangsaan di Melbourne sebagai persiapan menghadapi dua temasya besar Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan datang.

Ketika mengunjungi skuad itu, beliau berkata Josiah Ng telah pulih daripada kecederaan dan menyatakan kesediaan untuk terus memberi khidmat sehingga Sukan Olimpik Rio di Brazil tahun depan.
Tags / Kata Kunci: KBS , Khairy Jamaluddin , PKMBM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan