Anggota Diminta Kembalikan Kegemilangan Sukan PDRM - Sukan Ekstra | mStar

Anggota Diminta Kembalikan Kegemilangan Sukan PDRM

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 10:42 AM

Khalid Abu Bakar (kanan) turut menyampaikan Piala Ketua Polis Negara kepada Kontinjen Selangor pada majlis perasmian penutup Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Anggota pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM) diminta supaya mengembalikan semula kecemerlangan sukan yang pernah menjadi kebanggaan warganya satu masa dahulu.

Saranan dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata PDRM akan memberi segala kemudahan sebagai galakan dalam meningkatkan keupayaan atlet dalam kalangan warganya.

"Jika kita meneliti semula prestasi ahli-ahli sukan daripada kalangan pegawai dan anggota PDRM pada tahun 70-an dan 80an, ramai jaguh dan nama besar dalam pasukan bola sepak, badminton, sepak takraw, olahraga, ragbi, hoki, bolajaring dan sebagainya merupakan ahli sukan daripada kalangan pegawai dan anggota PDRM," katanya pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2014, Ahad malam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri MohdBakri Mohd Zinin.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri MusaAman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk HamzaTaib dan isteri Datin Alauyah Mohamed serta Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob.

Khalid berkata objektif utama pertandingan itu ialah bagi mencungkil bakat-bakat baharu pemain golf bagi mewakili PDRM dalam kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti kejohanan 'World Police and Fire Games'.

Beliau berkata menerusi kejohanan itu tahun lalu di Belfast, Ireland Utara, PDRM memperoleh lapan pingat emas, 14 perak dan 10 gangsa manakala melalui sukan golf memperoleh dua emas serta masing-masing empat perak dan gangsa.

"Ini menunjukkan kejayaan yang sangat bermakna sekali gus telah mengangkat martabat dan nama PDRM serta negara di persada antarabangsa," katanya.

Beliau berharap kejohanan seumpama itu akan menjadi perangsang kepada penganjuran aktviti sukan lain dalam mencapai hasrat PDRM mengungguli arena sukan negara.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan