Basikal: PKBM Hantar 18 Senarai Pelumba Ke Sukan Komanwel - Sukan Ekstra | mStar

Basikal: PKBM Hantar 18 Senarai Pelumba Ke Sukan Komanwel

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 1:01 PM

Azizulhasni antara salah seorang pelumba prospek emas Sukan Komanwel Julai ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PBKM) akan menghantar cadangan senarai awal 18 pelumba untuk menggalas cabaran negara bagi memburu pingat pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow,Scotland, Julai ini.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata senarai nama atlet bersamalima pegawai persatuan berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam tempoh terdekat.

"Kami akan menghantar nama 12 pelumba termasuk dua atlet wanita dalam acara trek manakala selebihnya dalam acara lebuh raya untuk pertimbangan MOM," katanya pada Jumaat.

Abu Samah berkata pihaknya menyandarkan harapan memburu pingat pada temasya berkenaan dalam acara trek menerusi Mohd Azizulhasni Awang dan Josiah Ng dalam kategori lelaki selain Fatehah Mustapa dan Jupha Somnet dalam kategori wanita.

Beliau berkata badan induk berbasikal kebangsaan itu akan memutuskan sasaran pingat pada temasya sukan berkenaan selepas mereka selesai mengadakan mesyuarat pengurusan pasukan dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, Josiah meraih pingat perak dalam acara keirin pada edisi 2010di New Delhi, India sebelum diisytiharkan pemenang oleh juri pertandingan,berikutan pembatalan kemenangan emas oleh Mohd Azizul yang dikatakan memotong dicelah para pelumba lain yang sepatutnya dilakukan dari luar. 

Tags / Kata Kunci: PKBM , Berbasikal , Abu Samah Abd Wahab
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan