Bekas Pemain Kriket Arul Sumbang Lebih RM100,000

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 10:12 AM

Arul (kiri) menyampaikan sumbangan kepada dua buah badan kebajikan terpilih. Foto: MOHD SAHAR MISNI/ The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas pemain kriket terkenal Malaysia yang juga pemegang rekod dunia Arul Vivasvan Suppiah  menyampaikan RM105,000 yang dikumpul pada acara amal diadakan tahun lepas, kepada dua badan kebajikan.

Arul, 29, yang telah bersara daripada sukan itu dan kini menetap di United Kingdom, menyampaikan RM52,500 masing-masing kepada Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser (Carif) dan Persatuan Kriket Kuala Lumpur (KLCA) dalam majlis ringkas di lobi bangunan Kementerian Belia dan Sukan pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Carif, Profesor Teo Soo Hwang dan Naib Presiden Persatuan Kriket Malaysia, R. Devindran menerima sumbangan itu bagi pihak badan masing-masing dengan disaksikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan.

Arul menggesa atlet tempatan membantu organisasi kebajikan dengan memperuntukkan sebahagian kecil daripada wang kemenangan mereka untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan.

"Saya berharap bantuan kewangan ini akan membantu mereka yang memerlukan dansaya bersedia melakukan lebih banyak kerja sosial, khususnya di Malaysia (dimasa depan)," katanya.

 Acara amal itu yang telah diadakan di ibu kota adalah hasil inisiatif Malaysian British Society dan dianjurkan KLCA, bertujuan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran, sebagai sebahagian program 'Arul's Benefit Year.'

Program itu merupakan satu kaedah ganjaran kewangan bagi pemain kriket profesional yang diguna pakai oleh pasukan kriket county di England sebagai menghargai pemain.

Arul bersara daripada menjadi pemain kriket profesional pada Julai tahun lepas pada usia 29 tahun, ekoran kecederaan teruk di kedua-dua lututnya dan kini melakukan kerja sosial di United Kingdom untuk dua badan kebajikan -  Children'sHospice Southwest dan Professional Cricketers' Association Benevolent Fund.

Pada 5 Julai 2011, Arul mencatatkan rekod baharu dunia bagi 'Twenty20bowling figures', merekodkan 6 bagi 5 daripada 3.4 over semasa mewakili Somerset menentang Glamorgan di Cardiff dan rekod itu kekal sebagai 'Twenty20bowling figures' terbaik ketika ini. 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan