Jadikan Malaysia Warga Cergas Bersukan - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 11:38 AM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menjadikan Malaysia warga cergas bersukan menjadi impian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ke arah meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan prestasi sukan negara di persada antarabangsa.

Katanya, budaya bersukan di negara ini mesti bermula di peringkat akarumbi dan pihak kementerian berusaha keras memastikan hasrat itu tercapai.

"Contohnya Australia, meskipun bilangan penduduknya lebih rendah daripada negara kita, namun budaya dan  mentaliti rakyat mereka menjurus kepada keupayaan bersaing di persada antarabangsa," katanya.

Berucap merasmikan Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM)2013 pada Selasa malam, Khairy berkata usaha juga akan tertumpu untuk melahirkan lebih ramai atlet yang memiliki kelayakan akademik secukupnya. 

Pada majlis itu, Khairulnizam Mohd Afendy, 21, atlet sukan perahu layar dan Fazilla Sylvester Silin, 27, daripada sukan hoki masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2013.

Dalam pada itu, Khairy berkata beliau bangga dengan pencapaian UiTM dalam bidang sukan yang dilihat mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

"Atlet UiTM  bukan sahaja mampu bersaing di peringkat universiti malah bersaing dengan atlet profesional. Kalau inilah contoh ditunjukkan UiTM, sudah pasti negara kita akan menjadi 'sporting nation' yang berjaya di masa depan," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , UiTM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan