Kedah Cipta Sejarah Muncul Juara Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 8:33 PM

JUARA... Pasukan Kedah bergambar bersama piala yang dimenangi selepas menjuarai Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Ke-30 di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad. Pasukan bola jaring Kedah menang dengan mata 44-37 menewaskan pasukan Pahang. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedah melakar sejarah apabila muncul juara selepas mengalahkan Pahang 44-37 pada final Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan ke-30 di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, Ahad.

Walaupun beraksi hambar pada awal saingan sehingga ketinggalan 16-21 pada suku pertama, pemenang tempat ketiga edisi tahun lepas itu berjaya bangkit dengan menambah mata demi mata pada suku kedua perlawanan.

Jurulatih Kedah, Huslina Mohd Hussain berkata perubahan strategi pada suku kedua perlawanan dengan menerapkan corak permainan pantas membuahkan hasil buat negeri dari utara tanah air itu.

Kehadiran pemain kebangsaan, Izyan Syazana Mohd Wazir yang bermain di posisi Goal Shooter (GS) turut dimanfaatkan Kedah untuk menggandakan serangan, sekali gus mengutip mata untuk menjarakkan kedudukan.

"Penukaran posisi pemain juga membantu kita untuk menambah mata di saat akhir sehingga berjaya menang pada Ahad, katanya.

Pertama kali bergelar juara, Huslina percaya kemenangan itu layak dimiliki Kedah selepas melihat aksi membanggakan yang dipamerkan anak buahnya.

"Kejayaan paling membanggakan sebelum ini ialah memenangi naib johan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sukma tahun lepas dan kali ini pemain kita beraksi dengan baik dan mereka patut dipuji," katanya.

Tambah manis kemenangan Kedah turut diwarnai anugerah Pemain Terbaik Kejohanan yang diraih Noor Hidayu Hasmira Hasbullah yang bermain di posisi tengah.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Siti Rohani Sheikh Uda mengakui keletihan dan kelemahan mengawal bola menjadi punca pasukannya ketinggalan pada suku kedua.

"Ramai pemain kita kelihatan penat dan gagal mengawal bola di saat-saat akhir sehingga banyak yang terlepas kepada Kedah. Mungkin itu kelemahan yang kita perlu perbaiki pada masa akan datang," katanya.

Selangor meraih tempat ketiga selepas menewaskan Sabah 30-28.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan