Zulmazran & Li Jane Dinobat Juara Masters Boling Kebangsaan 2014

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 8:51 PM

JOHAN… Juara kategori terbuka lelaki, Zulmazran Zulkifli bersama trofi yang dimenanginya sempena Kejohanan Boling Kebangsaan Malaysia Ke-38 di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid di sini, Sabtu. - Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pemain elit kebangsaan, Zulmazran Zulkifli dan Sin Li Jane mempamerkan balingan cemerlang untuk muncul juara kategori Masters lelaki dan wanita pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-38 di Sunway Megalanes, pada Sabtu.

Zulmazran yang layak secara automatik ke final selepas muncul peserta terbaik dalam pusingan awal 'step ladder' pada sesi pagi, diberikan tentangan sengit oleh pemain pelapis kebangsaan, Isaac Russell Paul sebelum menang tipis dengan kiraan 224 berbalas 223 jatuhan pin.

Terdahulu, Isaac mara ke final selepas melakar kejutan ke atas seorang lagi pemain elit kebangsaan, Timmy Tan dengan kiraan 247 berbalas 176 jatuhan pin dalam saingan separuh akhir 'step ladder'.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan, Zulmazran yang pernah meraih kejuaraan sama pada 2001, mengakui lawannya memberikan aksi terbaik sehingga memaksa beliau mengerah segala pengalaman yang dimilikinya.

"Saya sudah menjangkakan akan bertemu Isaac pada aksi final memandangkan beliau beraksi cemerlang ketika menentang Timmy kerana jumlah balingannya mesti mencecah 200 jatuhan pin ke atas.

 "Alhamdulillah, saya dapat bertahan walaupun membuat balingan yang salah pada beberapa balingan awal, sebelum kembali bangkit pada penghujung permainan," kata anak jati Selangor itu.
Sin Li Jane
Juara kategori terbuka wanita Sin Li Jane bersama trofi yang dimenanginya sempena Kejohanan Boling Kebangsaan Malaysia Ke-38.

Terdahulu dalam aksi final Masters wanita, Li Jane mengalahkan rakan sepelatih, Esther Cheah dengan kiraan 213 berbalas 208 jatuhan pin bagi memastikan gelaran ketiga selepas meraih kejuaraan sama pada 2010 dan 2012.

Esther sebelum itu mara ke final selepas menang 218 berbalas 201 jatuhan pin ke atas Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon dalam aksi separuh akhir 'step ladder'.

"Saya berharap kemenangan ini akan memberi motivasi kepada saya untuk beraksi cemerlang dalam beberapa kejohanan selepas ini seperti Terbuka Malaysia bulan depan dan Terbuka Singapura pada Jun," kata Li Jane yang turut mengintai slot ke Sukan Asia di Korea Selatan, September ini. 

Kemenangan tersebut membolehkan Zulmazran dan Li Jane masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM3,000 serta trofi yang disampaikan oleh Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Dr PS Nathan.

Isaac dan Timmy masing-masing meraih RM3,000 dan RM1,500 serta trofi selaku naib juara dan pemenang tempat ketiga dalam kategori Masters lelaki.

Esther dan Dayang Khairuniza pula meraih wang tunai berjumlah RM1,500 dan RM700 serta trofi selepas menduduki tempat kedua dan ketiga dalam kategori Masters wanita.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan