Marquez Dilantik Duta Terbaharu Laureus - Sukan Ekstra | mStar

Marquez Dilantik Duta Terbaharu Laureus

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 9:35 AM

Marquez dilantik sebagai duta baharu Laureus.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Juara dunia paling muda MoToGP dari Sepanyol, Marc Márquez dilantik sebagai Duta terbaharu Laureus. 

Márquez, yang muncul juara dunia paling muda dalam sejarah MotoGP pada usia 20 tahun 266 hari, dipilih menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia Sukan Laureus bulan lalu, dialu-alukan ke dalam Keluarga Laureus oleh legenda motosikal yang juga Ahli Akademi Sukan Laureus, Mick Doohan. 

Doohan, yang memenangi kejuaraan dunia 500cc sebanyak lima kali berturut-turut, berkata: "Sepuluh tahun lalu, untuk memikirkan seseorang berlumba dalam MotoGP pada usia 20 adalah sesuatu yang sangat berlaku. 

"Kini, kita mempunyai seorang penunggang cemerlang seperti Marc yang mampu mengungguli sukan ini.

"Tetapi Marc adalah seseorang yang lebih daripada itu. Dia membuktikan mempunyai komitmen sosial untuk membantu orang lain apabila bersetuju menjadi Duta Laureus dan menyokong kerja-kerja Yayasan Sukan Untuk Kebaikan Laureus. 

"Saya berterima kasih kepadanya, mengalu-alukan kehadirannya dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya pada masa depan.

" Seorang lagi Ahli Akademi Laureus, Giacomo Agostini berkata: “Marc sudah membuktikan betapa hebatnya beliau sebagai seorang penunggang. 

"Dia memang berhak memenangi Anugerah Pencapaian Laureus dan pada usia hanya 20 tahun, kita pasti tertanya-tanya apa lagi yang mampu dicapainya.

"Dia juga ada hubungan baik dengan golongan muda di seluruh dunia dan saya tahu, Marc akan menjadi aset yang hebat bagi Yayasan Sukan Untuk Kebaikan Laureus."

Márquez juga mencatat sejarah pada 2013 apabila menjadi pemenang paling muda dalam Grand Prix ketika berusia 20 tahun 63 hari dan penunggang pertama yang muncul juara dalam penyertaan musim pertama sejak Kenny Roberts pada tahun 1978.

"Ia adalah satu penghormatan apabila memenangi Anugerah laureus, tetapi saya tahu Laureus adalah lebih besar daripada Majlis Anugerah tahunannya.

"Dengan menggunakan sukan, Laureus melakukan sesuatu yang hebat pada sepanjang tahun di negara kelahiran saya Sepanyol dan seluruh dunia untuk membantu kanak-kanak, dan ini menjadi sebab mengapa saya gembira apabila dinamakan sebagai Duta Laureus.

"Saya tidak sabar untuk menghulurkan bantuan apa yang terdaya," jelas Marquez.

Tags / Kata Kunci: Sukan Laureus , Marc Marquez , Sepanyol , MotoGP
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan