Pelayaran: MYA Hantar 20 Atlet Ke Kejohanan Top Of The Gulf Di Thailand - Sukan Ekstra | mStar

Pelayaran: MYA Hantar 20 Atlet Ke Kejohanan Top Of The Gulf Di Thailand

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 4:41 PM

Khairul Nizam Mohd Affendy

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) menghantar 20 atlet bagi menyertai Kejohanan 'Top Of The Gulf Thailand' yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei ini di Pattaya, Thailand.

Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah optimis pasukan negara berupaya memberi saingan hebat sekalipun pasukan Singapura yang sedang meningkat naik dilihat mempunyai kelebihan. 

"Pasukan pelayaran negara telah memulakan latihan selama enam bulan di Langkawi, Kedah sebelum menghadapi Kejohanan Top Of The Gulf Thailand.

"Pasukan Singapura sekarang ini mengatasi pasukan negara. Saya tidak letak sasaran yang tinggi pada kejohanan ini tetapi saya berharap atlet negaramemberikan yang terbaik walaupun sukar," katanya.

Selain menjalani latihan di Langkawi, MYA juga akan menghantar tiga atletnya, Khairul Nizam Mohd Affendy, Nur Amirah Amin dan Khairun Nita Mohd Affendy berlatih di Croatia sebagai persiapan tambahan bagi menghadapi kejohanan itu. 

"Faktor fizikal badan dan cuaca banyak mempengaruhi prestasi skuad negara untuk lebih kompetetif, justeru kita juga menghantar tiga atlet untuk berlatihdi Croatia supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana," katanya. 

Antara negara yang akan memberi saingan hebat kepada skuad negara ialah pasukan tuan rumah Thailand, Singapura, China dan Myanmar.

Tags / Kata Kunci: Sukan Layar , Mohd Afendy Abdullah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan