PMM Yakin Raih Sebutir Pingat Pada Aksi IFMA

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 11:41 AM

Lokman Akimi akan mengambil bahagian dalam kategori berat badan 48-51kg.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM)optimis mampu meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Kejohanan Persekutuan Muay Thai Amatur Antarabangsa (IFMA) 2014 di Langkawi pada 1 Mei ini.

Timbalan Setiausaha Agung PMM Saifulnizam Mohd Shahar berkata keyakinan tersebut disandarkan kepada prestasi semasa atlet remaja negara, yang semakin meningkat.

"Saya fikir kita tidak mempunyai masalah untuk meraih sekurang-kurangnya sebutir pingat emas dalam kategori junior memandangkan tidak ramai atlet remajadari luar negara yang mengambil bahagian.

"Tujuan penganjuran kejohanan ini ialah untuk mengembangkan lagi sukan muay thai di peringkat antarabangsa dan juga untuk mempromosikan sukan pelancongan di negara ini," katanya.

Beliau berkata lebih 80 negara telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan dunia yang julung kali diadakan itu antaranya ialah Australia, Russia,Belarus, Turki, Thailand dan Iran.

Sementara itu, Presiden kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur, Rosli Yaacob berkata Kelab Kuda Merah mensasarkan kedudukan final bagi kesemua empat pesertanya.

"Kami akan menghantar empat peserta ke Langkawi dan harap mereka mampu mara ke pusingan akhir," katanya.

Beliau berkata, pemenang pingat emas Sukan SEA ke-27 di Myanmar 2013, Mohd Lokman Akimi Mat Roji juga akan mengambil bahagian dalam kategori berat badan  48-51kg.

Tiga lagi atlet muay thai dari Kelab Muay Thai Kuda Merah yang dijadualkan beraksi ialah Mohd Amirul Ariffin, Mohd Shalihem Mohd dan Tengku Shahrizal Tengku Abdul Rahman.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan