Hoki: Dharmaraj Senarai 18 Pemain Hadapi Cabaran Liga Juara-Juara 1

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 5:18 PM

Razie Abdul Rahim (kanan) mengalamni kecederaan di bahu kiri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad hoki kebangsaan Muhammad Dharmaraj Abdullah akan menyenaraikan 18 pemain bagi menghadapi kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 2014, bermula dari 26 April hingga 4 Mei ini di Kuantan.

Beliau berkata beliau berharap skuad negara menggunakan kelebihanberaksi di tempat sendiri untuk membolehkan mereka meraih kedudukan lebih baik pada kejohanan anjuran Persatuan Hoki Pahang tersebut.

Jurulatih berusia 45 tahun itu memberi jaminan bahawa 28 pemain yang sedang menjalani latihan memiliki peluang sama rata untuk dipilih.

"Saya akan menamakan barisan akhir 18 pemain iaitu lima hari sebelum bertolak ke Kuantan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut akan memilih tujuh pemain muda yang beraksi cemerlang pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang lepas untuk menyertai kejohanan tersebut.

"Keputusan saya untuk menamakan tujuh pemain remaja pada Piala Sultan AzlanShah adalah untuk memberikan mereka pendedahan. Pemain menunjukkan keyakinan tinggi dan mereka bersedia untuk memberikan saingan kepada pemain senior lain bagi meraih tempat dalam skuad bagi Champions Challenge 1," katanya.

Mengulas kecederaan bahu kiri yang dialami pemain utama negara,Muhammad Razie Abdul Rahim, Dharmaraj berkata beliau berharap pemain tersebut segera sembuh untuk beraksi pada kejohanan Piala Dunia di Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 15 Jun ini.

"Balutan di bahu Razie sudah dikeluarkan dan dia perlu menjalani pemulihan tidak lama lagi. Jika dia tidak pulih menjelang Piala Dunia, saya perlu memikirkan alternatif lain,” kata Dharmaraj.  

Turut mengalami kecederaan ialah Nabil Fiqrie Mohd Noor dan Ismail Abu. Pada Champions Challenge 1, Malaysia diundi bersama-sama Korea Selatan,Kanada dan Perancis dalam Pool B manakala New Zealand, Jepun, Ireland dan Poland disenaraikan dalam Pool A.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam Champions Challenge 1 ialahtempat keempat pada 2001 dan 2012.

"Kesemua pasukan akan bersaing bagi merebut tiket tunggal yang ditawarkan pada Piala Juara-juara 2016 dan saya fikir ia bukannya mudah, tetapi dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri, kami memiliki peluang yang cerah," katanya.

Malaysia dijadualkan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebanyak enam kali menentang China pada 13-20 April di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil kemudian berdepan Perancis (22 April) dan Poland (24 April) di Kuantan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan