Irfan Sasar Pingat Emas Di Taiwan Dan Amerika Syarikat

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 1:54 PM

Irfan memiliki catatan balingan terbaik sejauh 53.16 meter.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Samsuddin menyasarkan mengutip pingat emas pada dua kejohanan yang bakal disertainya pada Jun dan Julai depan. 

Irfan yang memiliki catatan balingan terbaik sejauh 53.16 meter, yang juga rekod kebangsaan akan menyertai Kejohanan Remaja Asia di Taiwan dan Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat.

Penuntut jurusan perniagaan Universiti Malaya (UM) berusia 18 tahun itu mencatat rekod terbaik sejauh 53.16 meter pada Sukan SEA di Myanmar Disember lepas, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan terdahulu.

Sebagai persediaan bagi memantapkan lagi balingan, katanya, dia akan melakukan penjelajahan latihan di Eropah selama dua bulan bermula April ini.

"Saya dah banyak mencuba pelbagai sukan iaitu ragbi, bola baling, hoki, dan golf tetapi sukan lempar cakera sahaja yang bersesuaian dengan saya, jadi saya mahu tumpukan kepada sukan berkenaan," katanya, yang pernah menceburi sukan ragbi sebelum ini.

Dia berkata selepas Majlis Anugerah Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2013 .

Muhammad Irfan menasihatkan remaja atau kanak-kanak yang mahu melangkah ke dunia sukan supaya tidak menyerah kalah dalam bidang sukan yang mereka ceburi dan jika mengalami kegagalan mereka harus sentiasa bersedia untuk bangkit semula.


iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan