Pelari Malaysia Sertai Marathon Des Sables Bantu MAF

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 10:15 AM

Adeeba Kamarulzaman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pelari dari Malaysia akan menyertai "Marathon des Sables 2014", yang merangkumi kawasan sejauh 250 kilometer melintasi kawasan gersang di padang pasir Maghribi, bagi mengumpul dana Yayasan AIDS Malaysia (MAF).

Pengerusi MAF Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata pemegang amanahnya Ralph Dixon, yang juga pelari maraton, dan penyokong Kelab Belia Red Ribbon, Jeff Lau yang juga seorang pelajar, akan menyertai larian itu yang bermula Jumaat ini.

Dixon menyertai maraton itu buat kali kedua selepas kali pertama berbuat demikian dalam Marathon des Sables edisi ke-25 pada 2010.

Setakat ini, dana Marathon des Sables 2014 telah mengumpul lebih RM70,000 dan kempen itu akan diteruskan sehingga akhir April ini, kata beliau dalam kenyataan di sini.

"Seratus peratus daripada kutipan ini akan memanfaatkan dua inisiatif amal di bawah Yayasan AIDS Malaysia (MAF) iaitu Program Rawatan, Penjagaan dfan Sokongan dan Kelab Belia Red Ribbon," kata Adeeba.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Magribi , Aids

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan