Piala Eurasia 2014: Pasukan Asia Tewas Pusingan Pembukaan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 9:04 AM

Miguel Angel Jimenez

Miguel Angel Jimenez memerhatikan bola selepas membuat pukulan di lubang ke-17 dalam kejohanan Piala Eurasia yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam, Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Asia tewas kepada Pasukan Eropah 5-0 pada pusingan pembukaan kejohanan golf sulung Piala EurAsia yang berlangsung di Glenmarie Golf and Country Club di sini Khamis.

Pasukan Eropah memperoleh mata pertama menerusi kapten pasukan itu, Miguel Angel Jimenez yang bergandingan dengan Pablo Larrazabal dari Sepanyol selepas menewaskan kapten pasukan Asia Thongchai Jaidee dan Kiradech Aphibarnrat dari Thailand.

Bagaimanapun, kemenangan bermakna pasukan Eropah adalah menerusi gandingan pemain Sepanyol Gonzalo Fernandez-Castano dan pemain Scotland Stephen Gallacher yang menewaskan Gaganjeet Bhullar dan Anirban Lahiri dari India, 4 & 3.

Sementara itu pemain Perancis Victor Dubuisson dan Joost Luiten dari Belanda menyumbang mata ketiga menerusi kemenangan 3 & 2 ke atas Prayad Marksaeng (Thailand) dan Siddikur Rahman (Bangladesh). 

Pemain Denmark Thomas Bjorn dan Thorbjorn Olesen pula mendahului lawan mereka iaitu pasangan Jepun Koumei Oda dan Hideto Tanihara dengan dua pukulan.

Pemain Malaysia Nicholas Fung yang berpasangan dengan Kim Hyung-Sung dari Korea Selatan tewas 3 & 1 kepada gandingan Graeme McDowell dari Ireland Utara dan Jamie Donaldson dari Wales. 

Piala EurAsia, yang mengambil Piala Ryder sebagai model, menampilkan 10 pemain terbaik dari benua Asia dan Eropah.

Ia menyaksikan kesemua pasukan akan menentang antara satu sama lain menggunakan format four-ball (better ball) pada hari pertama, foursomes (pukulan alternatif) pada hari kedua sebelum berakhir dengan acara perseorangan pada hari ketiga.

Acara itu diiktiraf Jelajah Asia dan Jelajah Eropah dengan Professional Golf Malaysia (PGM) bertindak sebagai penyelaras tempatan.

Pasukan pertama yang memperoleh mata sebanyak 10 1/2 akan dinobat sebagai juara.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan